Hari ini bulan biru bertamu tidak seperti kelaziman bulan yang kekuningan cahayanya..
Selama saya hidup, beberapa kali saya didatangi oleh bulan di siang hari.. memang agak mengejutkan tetapi ia tidak pernah merangsang deria saya jua tidak pernah merusuhkan keresahan.
Ternyata pantulan bulan biru yang pertama kali saya lihat hari ini sangat berbisa. Bukan sahaja mata saya yang merasai pedihnya bahkan ia menjalar ke hati. Bulan biru itu juga telah mengheret debu-debu dari gunung kebencian, bercampur aduk dengan oksigen dan menyesakkan nafas saya. Saya hampir lumpuh sebenarnya!
Saat saya berhadapan dengan Bulan Biru juga, bintang-bintang yang sebelum ini menerangi dunia saya turut melarikan diri dan bersembunyi di sebalik awan.. mungkin mereka tidak mahu turut sama lemas menghadapi gelora debu dari pergunungan kebencian. Atau mereka takut sebenarnya?

